DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San menunjukkan keratan akhbar dan surat tawaran Md Saad yang kononnya telah dibaiki rumah beliau.Tetapi janji PRK 2009 itu tidak dibuat.Mungkinkah peruntukan itu di ambil"penyamun".SPRM tak mahu siasat ke!
DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San dan penulis dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.
Jadi untuk cerita sebenar kita baca berita melalui blog parlimen bukit gantang.Harapan kita baca dengan berlapang dada.

Inilah Md Saad yang ditipu YB Rosli Husein,Adun TRONG ,satu DUN dalam parlimen Bukit Gantang yang menjanjikan membaiki bumbung rumah. Surat Rosli Husein yang mengucapkan tahniah atas kejayaan membantu Md Saad.Tetapi sebenarnya Rumah Md Saad tidak langsung dibaiki.Md Saad memberitahu peruntukan untuk rumah beliau mungkin telah disapu oleh pihak yang berkenaan.
Malangnya Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 28 Januari tidak melaporkan siapa yang berjanji,pihak mana yang patut dipertanggungjawab.Sinar HARIAN SEPATUTNYA BERTANYA KEPADA YB ROSLI HUSEIN YANG GAGAL melaksanakan janji..Md Saad bergambar bersama Sdr Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Kawasan yang juga Pegawai Khas DS Nizar.
Taiping,28 Januari-laporan Cikgu Din.Malangnya Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 28 Januari tidak melaporkan siapa yang berjanji,pihak mana yang patut dipertanggungjawab.Sinar HARIAN SEPATUTNYA BERTANYA KEPADA YB ROSLI HUSEIN YANG GAGAL melaksanakan janji..Md Saad bergambar bersama Sdr Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Kawasan yang juga Pegawai Khas DS Nizar.
Mungkihkah terdapat satu komplot untuk merosakkan imej DS Nizar.Apabila kita menelefon wartawan Sinar Harian Zon Taiping ,beliau merahsiakan siapa wakil rakyat yang berjanji itu.Beliau meminta bertanya sendiri dengan pengadu"Md Saad". Beliau menyatakan tidak tahu siapa yang terlibat kerana jelas yang menghantar surat ucapan tahniah kerana berjaya dibaikpulih rumah Md Saad ialah YB Rosli Husein,adun Trong.
Ini bukan kali pertama wartawan itu memburukkan imej DS Nizar selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang.Dahulu terdapat berita menyentuh Ahli Parlimen Changkat Jering. Apabila kita memberitahu kesilapan itu ,wartawan itu menyatakan beliau tulis berdasarkan apa yang dicakap pengadu.Banyak kali,selalunya melaporkan berita menyebabkan banyak kecelaruan bahasa.Masyarakat Parlimen Bukit Gantang bijak kerana mereka mendapat berita terus melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Inilah berita Sinar Harian.28.1.10
Mana janji baiki bumbung: Md Saad
Mana janji baiki bumbung: Md Saad
MATANG PASIR – Bumbung rumah yang sepatutnya diganti awal Januari lalu, dipandang sepi pihak berkenaan dan perkara itu kini menimbulkan persoalan kepada tuan rumah kerana surat kelulusan membaik pulih sudah diterima.
Md Saad Mat Jenin, 52, berkata, dia sangat kecewa dengan pihak berkenaan kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil sedangkan rumahnya semakin hari semakin teruk.
Menurutnya, akhir tahun lalu, ketua kampung ada membawa beberapa pegawai datang melihat keadaan rumahnya.
“Tiga kali pegawai datang untuk melihat keadaan rumah kami. Sebulan selepas itu, saya ada terima surat kelulusan program bantuan rumah tahun 2009 bagi Parlimen Bukit Gantang.
“Perkara itu sangat menggembirakan kerana ia memang ditunggu-tunggu kami sekeluarga memandangkan bumbung rumah juga bocor dan patut diganti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.
Md Saad berkata, rumah abang dan kakaknya juga terlibat dengan program berkenaan dan awal Januari lalu, pihak kontraktor sudah menggantikan bumbung baru untuk rumah mereka.
Bagaimanapun katanya, dia terkejut kerana rumahnya tidak pula dibaiki seperti yang tertulis dalam surat.
Akibat tidak berpuas hati, Md Saad kemudiannya menghubungi pihak yang mengeluarkan surat berkenaan untuk meminta penjelasan.
“Saya disuruh datang ke pejabat untuk menyemak nama. Apabila disemak, saya terkejut nama saya tercatat rumah telah dibaik pulih.:
“Mereka kemudiannya menyuruh saya memberikan semula nama, alamat dan nombor telefon tetapi sehingga sekarang, sepi tanpa berita,” katanya.
Md Saad berkata, perkara itu juga dipanjangkan kepada ketua kampung dengan harapan beliau dapat membantu, tetapi keadaan masih juga sama.
“Saya kecewa dengan tindakan yang dilakukan. Mereka seolah-olah menyindir dengan memberikan surat ini kepada saya.
“Saya tidak pernah meminta bantuan ini tetapi mereka yang ingin memberikan, jadi saya terima dengan besar hati tetapi akhirnya jadi begini,” katanya.
Md Saad berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya rakyat tidak hilang rasa percaya dan membuat andaian bukan-bukan.

0 comments:
Post a Comment