RAYUAN DERMA UNTUK PAS KAWASAN BUKIT GANTANG


NOMBOR AKAUN: 08040010013314
BANK ISLAM CAWANGAN TAIPING

Terima Kasih!
Showing posts with label pandangan lain. Show all posts
Showing posts with label pandangan lain. Show all posts

Bulan Ramadhan Diraikan Bulan Lain Dilupakan

Pengurus Syarikat Perniagaan Ridzuan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir .Beliau meminta kita yang berkemampuan untuk membantu rumah anak-anak yatim.
Ahmad Nizam menyampaikan duit raya kepada anak yatim miskin Nur Qaseh.
Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang,Pak Lah bapa Ahmad Nizam,dan Pengurus Syarikat Ahmad Nizam Abdullah bersama sebahagian anak yatim miskin Nur Qaseh,Kamunting.
Anak-anak yatim mengambil makanan berat selepas Solat Maghrib.


Sebentar tadi bersama Ustaz Nordin Jaafar YDP PAS Bukit Gantang meraikan anak yatim dalam Majlis Iftar bersama Syarikat Perniagaan Ridzwan.Seramai 25 anak yatim miskin diraikan oleh Pengurus Syarikat Perniagaan Ridzwan Ahmad Nizam Abdullah.

Kami dijemput mewakili pihak Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang.Kita tertarik dengan penerangan Mudir Pusat Jagaan Tahfiz Anak Yatim Ustaz Latif AlHafiz ,bulan Ramadhan ini rumah anak yatim ini dibantu pelbagai pihak.Khususnya jamuan berbuka puasa.Namun sebelas bulan kemudian seakan dilupakan.

Justeru itu Mudir Pusat Jagaan Tahfiz Anak Yatim Miskin Amal Nur Qaseh ,Ustaz Latif Al Hafiz memohon jasa baik para dermawan untuk membantu secara berterusan dan berkala.

Sebarang bantuan bolehlah masuk ke akaun CIMB 08290000560058.Para dermawan boleh berhubung terus dengan Ustaz Abdul Latif 013-4135009.

Pusat Jagaan Anak Yatim ini bertempat di 97A,Jalan Tengah,Kampung Pinang,34600 Kamunting,Perak Darul Ridzuan.Mempunyai 25 orang pelajar berusia 7 hingga 16 tahun.sumber blog sisibukit.
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Telah diramalkan bahawa PRU-13 akan diadakan pada tahun 2011. Semua parti politik sedang membuat persediaan sekarang sebab kemungkinan PRU akan diadakan dalam awal, pertengahan ataupun akhir tahun 2011.

Bagi penulis yang tahu bahawa adalah menjadi tabiat kaum Cina yang benci buat persediaan dalam minit terakhir dan memandangkan bahawa parti MCA telah melancarkan gerak-kerja strategi mereka pada akhir bulan Julai 2010, ini bermakna bahawa PRU-13 boleh dikatakan akan diadakan dalam masa lebih kurang setahun.

Walaupun gelombang perubahan telah dimulakan pada masa tsunami politik PRU-12, penulis berpendapat ada ramai lagi rakyat Malaysia yang belum bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13.

Di bawah ini adalah sebab-sebab kenapa penulis berkata demikian:-

Pengundi Melayu - ini adalah kumpulan pengundi yang terbesar sekali di mana terdapat ramai daripada mereka yang masih lagi tinggal di kampung-kampung. Faktor yang amat penting di sini ialah penyaluran maklumat kepada mereka mestilah dilaksanakan dengan sempurna terutamanya kepada yang tinggal di pinggir bandar dan di kampung.

Contohnya di PRK Hulu Selangor bulan April yang lalu, ramai pengundi di situ beranggapan bahawa air percuma yang mereka terima adalah diberikan oleh Kerajaan BN. Apabila perkara sebegini berlaku, tidak hairanlah mengapa ramai pengundi Melayu di pinggir bandar dan di kampung yang mengundi BN - iaitu maklumat yang betul dan benar gagal disampaikan kepada mereka.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, media arus perdana adalah di bawah kawalan Kerajaan BN manakala media alternatif seperti lidah rasmi parti-parti Pakatan Rakyat (Harakah dan Roket) dan suratkhabar yang berpihak kepada Pakatan Rakyat seperti Kabar Era Pakatan dan Siasah tidak sampai pengedarannya kepada penduduk-penduduk di kawasan pinggir bandar, apalagi di kampung.

Apabila maklumat dari Pakatan Rakyat gagal disampaikan kepada pengundi di kawasan yang disebut di atas, maka para pengundi di situ akan mengundi BN. Jika mereka mendapat maklumat yang benar dan betul mengenai Pakatan, mereka akan mempunyai keupayaan untuk membuat penelitian yang lebih sempurna dan terperinci mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang akan membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik dan bijak dalam proses pengundian nanti.

Memandangkan bahawa kekurangan maklumat yang disalurkan kepada para pengundi merupakan salah satu punca utama kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, adalah perlu Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengambil langkah-langkah yang wajar untuk membetulkan kelemahan ini. Oleh itu, penulis berpendapat perbelanjaan RM15 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penyebaran maklumat mengenai pentadbirannya adalah langkah yang betul dan bijak.

Pengundi India - golongan ini pun ditimpa nasib kekurangan maklumat (info-deficient). Tetapi terlebih dahulu dari itu, kajian perlu dibuat untuk mengetahui kenapa terdapat lonjakan undi yang ketara kepada BN di PRK Hulu Selangor.

Pada PRU-12, kira-kira 51% pengundi India berpihak kepada pihak pembangkang (pada masa itu Pakatan Rakyat belum diwujudkan lagi). Tetapi di PRK Hulu Selangor, statistik telah menunjukkan bahawa hanya 45% sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat. Jika peratusan ini terus menjunam, maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada Pakatan Rakyat dan di kawasan-kawasan di mana kemenangan Pakatan adalah tipis (kurang dari 300 undi), mungkin akan terus kehilangan kerusi tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa kekurangan maklumat merupakan antara faktor yang menyebabkan pengundi India berpihak kepada BN. Tetapi selain daripada itu, imej BN yang merupakan parti yang boleh memberi keyakinan kepada kaum India terutamanya kaum India yang berpendapatan rendah yang tinggal di estet adalah juga faktor yang patut diambilkira.

BN memberi golongan India yang miskin dan serba kekurangan ini satu 'feel good faktor' sebab BN yang telah begitu lama wujud berjaya memaparkan satu imej kukuh yang dapat memberi keyakinan kepada kaum India yang miskin dan memerlukan tempat yang stabil untuk bergantung. Dengan adanya 'feel good faktor' terhadap BN, penulis berpendapat bahawa BN akan terus mendapat sokongan orang India yang masih tidak begitu yakin terhadap Pakatan.

Pengundi Bumiputera bukan-Melayu di Sabah dan Sarawak - pengundi dari kumpulan ini juga tidak mendapat maklumat yang betul dan benar mengenai Pakatan Rakyat dan selagi perkara ini berlaku maka mereka akan terus mengundi BN.

Perlu dijelaskan di sini hal ini adalah sedemikian kerana ramai daripada mereka tinggal di kawasan pendalaman yang terpencil yang memerlukan sama ada sampan ataupun helikopter untuk sampai ke kawasan perumahan mereka. Dan di sini Pakatan mengalami masalah untuk menyampaikan mesej ke kawasan pendalaman kerana untuk menyewa helikopter pun bukan murah dan BN boleh dikatakan mempunyai sokongan yang kukuh dari kumpulan ini disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan kewangan yang memihak kepada BN.

Pengundi Cina - pengundi dari kumpulan ini adalah pengundi yang berpikir secara 'tactical dan practical'. Mereka akan mengundi pihak yang akan dapat memberi manfaat yang lebih dan manfaat yang ketara kepada mereka. Slogan-slogan yang menarik tidak akan dapat menarik perhatian mereka jika kedudukan mereka dari segi ekonomi sama sahaja. Contohnya, penulis ini pernah diberitahu oleh seorang pemandu teksi berbangsa Cina, "kerajaan ini ada banyak slogan, NEM, GTP, NKRA, tetapi setiap hari adakah slogan ini membantu saya cari makan? Cari makan pun bukan senang. Slogan-slogan ini bukannya masukkan wang dalam saku saya. Oleh itu saya akan mengundi pihak yang dapat memperbaiki kehidupan saya dan anak-anak saya dalam jangkamasa pendek mahupun jangkamasa panjang."

Dari rumusan di atas, penulis berpendapat perlulah pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengan lebih keras lagi (iaitu melebihkan aktiviti turun padang untuk berjumpa dengan para pengundi) untuk menyampaikan maklumat yang betul dan benar kepada semua rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara. Bukan itu sahaja tetapi imej Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan lagi dan Dasar Pakatan Rakyat harus diberitahu kepada semua rakyat Malaysia. Jika tidak, maka Putrajaya akan tinggal sebagai satu impian sahaja.

Selena Tay
...Penulis adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Umno ajar perpecahan, benci antara kaum

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, Umno mengajak kepada pepecahan dengan menanamkan perasaan membenci kaum lain sehingga orang Melayu jauh daripada Islam.

"Tak ada orang yang nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno belakangan ini baru menguar-uarkan semula agenda perpaduan Melayu setelah rakyat kian berminat pada politik baru PAS dan Pakatan Rakyat.

Manakala, PAS pula, katanya, mengajar orang-orang Melayu dan bukan Melayu supaya kembali bersatu-padu mengikut acuan Islam.

"Masalahnya, Umno mengajak pada pepecahan dengan ajar membenci kaum-kaum lain hingga orang Melayu jauh dari Islam yang PAS perjuangkan, PAS ajak pada Islam," ujarnya mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya untuk perpaduan PAS dengan Umno.

Bagi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud pula, rancangan Harussani itu seumpama jenaka.

"Saya tak terlibat," ujar beliau sambil ketawa.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar secara peribadi turut menafikan bahawa beliau pernah terbabit dengan rancangan Harussani itu.

"Saya tidak pernah berjumpa mufti itu," ujarnya beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Bagi Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, cadangan Harussani seakan mengikut nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

"APCO percaya yang Umno memerlukan PAS untuk PRU13 ini, tindakan Harussani mungkin ke arah itu," ujarnya sambil menafikan bahawa beliau terlibat dengan rancangan Harussani.

»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Muhyiddin sibuk fitnah pembangkang, apa jadi pada murid sekolah?

MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja.Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan.

Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.

Paling penting juga adalah peranan pemerintah samada di pihak kerajaan yang memerintah. Agak terkejut juga apabila membaca laporan bahawa terdapat 1o buah sekolah `panas' di sekitar Kuala Lumpur di mana sekolah-sekolah tersebut menyimpan rekod kegiatan jenayah, masalah disiplin dan sosial berlaku di kalangan pelajarnya.

Laporan itu memetik kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri dan bukannya kenyataan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pelajaran.

Amat malang sekali di saat PDRM sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk mengingatkan kita betapa seriusnya masalah ini di kalangan pelajar, Menteri Pelajaran yang juga TPM Muhyiddin Yasin sibuk dengan isu yang bukan-bukan dan mengarut.

Beliau hanya mahu mencari keuntungan politik peribadi beliau semata-mata. Beliau tidak serius menangani masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah dan kelihatan seperti ingin menyerahkan semuanya kepada pihak keselamatan.

Apa yang beliau sibukkan adalah tentang DS Anwar kununnya sebagai pengkhianat Melayu, dan yang terbaru sibuk memberi amaran kepada akhbar Suara Keadilan. Kita naik keliru semenjak bila pula beliau sibuk jaga kementerian orang lain sedangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tidak juga selesai malahan bertambah buruk.

Kenyataan Muhyiddin di Pagoh, Muar yang menyebut kununnya PKR hendak tunjuk siapa lebih besar dan berani di dalam isu permit Suara Keadilan yang kini masih belum diperbaharui itu. Kenyataan Muhyiddin boleh dibaca di sini.

Sewajarnya isu tersebut boleh diserahkan kepada KDN untuk membuat komen dan Muhyiddin perlu peka kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu.

Tidak takut atau bimbangkah Muhyiddin dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu? Itu baru rekod di sekitar Kuala Lumpur, belum kita ketahui berapa jumlahnya di seluruh Malaysia. Apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini?

Adakah dengan melakukan fitnah terhadap DS Anwar dan PKR mahupun parti di dalam PR mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Sekiranya beliau tiada idea untuk memperbaiki imej kementeriannya, beliau sewajarnya menyerahkan kepada orang lain yang mampu dan lebih berwibawa darinya.

Muhyiddin tidak pernah berani untuk membuktikan apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar mahu pun parti pembangkang. Jauh sekali beliau berani untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya menonjolkan dirinya seolah-olah jaguh perjuangan orang Melayu sedangkan para remaja yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur itu majoritinya adalah remaja Melayu.

Jika Muhyiddin gagal untuk memperjuangkan nasib remaja Melayu di peringkat sekolah, diterima akalkah kita Muhyiddin mampu memperjuangkan nasib Melayu di negara ini? Tidak terfikirkah Melayu khususnya di Johor tentang semuanya ini?

Muhyiddin bukan sahaja gagal sebagai TPM, lebih memalukan beliau dilihat gagal selaku Menteri. Muhyiddin tidak mempunyai rekod yang cemerlang semenjak beliau memimpin Johor lagi.
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya untuk menyerang Pembangkang lebih memperlihatkan pemikirannya yang amat rendah dan terlalu mudah buat kita Blogger sahaja menjawabnya.

Justeru itu, tidak hairanlah apa yang telah berlaku di bawah Kementeriannya hari ini dan ianya tidak akan berubah selagi Muhyiddin masih di situ. WFauzdin NS
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA