RAYUAN DERMA UNTUK PAS KAWASAN BUKIT GANTANG


NOMBOR AKAUN: 08040010013314
BANK ISLAM CAWANGAN TAIPING

Terima Kasih!
Showing posts with label simpati. Show all posts
Showing posts with label simpati. Show all posts

Saman Ekor -Polis Cari Duit?

Kita mendapat beberapa saman ekor.Saman ekor di keluarkan oleh Polis Bukit Aman.Mereka suruh kita bayar tanpa memberi peluang kita untuk bela diri.

Sepatutnya kita dibicara dan biarkan mahkamah menentukan hukuman.Kita mendengar DS Nizar akan membawa kes Saman Ekor Rakyat dalam sidang parlimen.

Menurut DS Nizar ini salah dari segi undang-undang.Kata DS Nizar menghukum orang tanpa bicara.

Sementara mengikut kata YB Khalil ,polis pukul curi.Saman ekor secara sembunyi celah pokok dan lalang.

Zaman telah meleset,kerajaan cari duit melalui saman ekor?Mungkin PR boleh batalkan saman ekor jika memerintah.Bolehkan?
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Ziarah Mereka Ditimpa Musibah.


Kita apabila mendapat maklumat Sdr Basheer Ahmad ,AJK Kawasan yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional tengah hari tadi telah melawat rumah Uncle Ho Wai Sang bersama Ketua Penerangan Kawasan.

Kita meminta Uncle H0 bersabar dengan ujian Tuhan.

Kita mewakili Lajnah Kebajikan memberi sedikit sumbangan tanda simpati.Turut kelihatan Pegawai Khas DS Nizar.

Changkat Jering-

Baru-baru ini pada 12 Julai berlaku satu kebakaran Rumah Uncle Ho Wai Sang di Kg Tersusun Bt 2 1/2 Jln Simpang Taiping.

Kebakaran rumah Uncle Ho ,sekitar pukul 1.30 tengahari .Rumahnya mengalami kerosakan teruk kerana hangus terbakar.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menghubungi pusat khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantan.
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Siapakah Dato Seri yang dimatikan wataknya!

Menurut rakyat Bukit Gantang yang mengenali kita, mereka menceritakan terdapat dua kemungkinan untuk dua kes Dato Seri .

Dakwa mereka UMNO/BN akan membenarkan pihak mahkamah memberi keptusan yang memihak kepada seorang Dato Seri sahaja.

Oleh sebab kedua-dua DS ini penting dalam politik negara.Kedua-dua watak ini akan dimatikan salah seorangnya oleh pengarah!

Mereka mendakwa DS Nizar akan memenangi kesnya esok dan DS Anwar Ibrahim akan sedaya upaya diusahakan untuk dipenjarakan "watak" bertempat di Penjara Sg Buloh.

Rakyat yang menetap di kampung itu,yang ekses internet pun sukar ,menyatakan lagi apabila selesai sahaja lawatan ke India pimpinan besar negara selalunya sudah mempunyai keputusan.Mengerja Umrah permulaan ibadah dan lawatan kerja ke India pengakhiran sebuah episod dakwa penduduk kampung dalam parlimen Bukit Gantang.

Kita juga diberitahu seorang teman ,hampir 2700 orang pengundi baru Dun Changkat Jering.Beliau juga menyatakan hampir kesemuanya pengundi berumur 26-40 tahun.Dengan umur yang begitu mereka telah mengundi dua atau tiga kali.Siapakah mereka ,disinilah ramai berhujah MB milik DS Nizar.Mereka merancang untuk membawa masuk pengundi baru dan kita bergerak terlalu perlahan.Keputusan yang lewat menguntungkan UMNO/BN.

Dalam peperangan,masa dan melengahkan tindakan musuh satu kejayaan.Mereka membiarkan DS Nizar menang dan berniat mematikan watak seorang pejuang DS Anwar Ibrahim.
sumber sisibukit.blogspot
»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Salam takziah dari Pas Kawasan kepada keluarga Allahyarham Cikgu Mat Jali

1 Februari 2010

Sebentar tadi kita dimaklumkan pemergian Cikgu Mat Jali bekas Ketua Upu Changkat Jering.Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.

Bagi penulis teringat sewaktu menjadi Calon Pilihanraya 2004 untuk DUN Changkat Jering.Salah satu tempat ceramah memperkenalkan diri pada kempen PRU 11 ialah di Rumah Cikgu Mat Jali,Taman Menteri.

Jasa beliau kepada PAS amat banyak. Dalam keadaan kita ahli PAS yang duduk di kubu kuat UMNO.Allahyarham tetap membenarkan rumah beliau satu tempat untuk ceramah.Paling akhir PRK Bukit Gantang,DS Nizar pun pernah berceramah di rumah allahyarham Cikgu Mat Jali.

Alfatihah.
Saya sempat mengziarahi Allahyarham semasa hidup.Difahamkan DS Nizar juga sempat ziarah Allahyarham pada 31 Januari 2010.

30 Januari

Sebentar tadi ziarah Cikgu Mat Jali,bekas Ketua UPU Changkat Jering yang kini sakit tenat di Wad C4 Hospital Taiping.

Bersama saya Ketua Penerangan Kawasan Cikgu Shaharudin Ahmad Sani.Kita mendoakan semoga Cikgu Mat Jali cepat sembuh dan kaum keluarga mereka bersabar.

»»  KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA