RAYUAN DERMA UNTUK PAS KAWASAN BUKIT GANTANG


NOMBOR AKAUN: 08040010013314
BANK ISLAM CAWANGAN TAIPING

Terima Kasih!

Allo UMNO.. hangpa 50 tahun pon tak selesai mai tang orang sedap ja paksa...!!


Kerajaan Negeri digesa selesai masalah air sebelum Mac



ALOR SETAR - UMNO Kedah mendesak Kerajaan Negeri supaya menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk negeri ini sebelum Mac depan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap penderitaan rakyat berikutan ketiadaan bekalan air, terutama di kawasan pedalaman.

:Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, sekiranya Kerajaan Negeri masih gagal bertindak dalam tempoh dua bulan ini bagi menyelesaikan masalah air yang masih berlarutan setelah pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA), ini membuktikan Kerajaan Negeri gagal menjaga kebajikan rakyat.

“Jangka masa dua bulan dianggap munasabah untuk Kerajaan Negeri mengatasi masalah air di Kedah, dan jika mereka berjaya menyelesaikan kemelut ini, ianya boleh menjadi satu hadiah kepada rakyat sempena dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah,” katanya.

Ir Nawawi berkata, masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima bulan lalu, dan isu ini sepatutnya selesai sejurus sahaja Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengambil alih pengurusan air di negeri ini 1 Januari lalu.

“Saya yakin sekiranya kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab kepada rakyatnya mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah bekalan dan jangka masa dua bulan ini cukup untuk memastikan seluruh rakyat dapat menikmati bekalan air yang sempurna,” katanya.

Menurutnya, ribuan rakyat yang sering berdepan dengan masalah bekalan air menjalani kehidupan dengan penuh kesukaran, dan sudah tiba masanya rakyat Kedah mampu menyalurkan semula bekalan air tanpa gangguan dan tekanan yang tinggi sebagai hadiah ulang tahun pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini.

“Saya amat berharap Kerajaan Negeri tidak memandang ringan penderitaan yang dihadapi rakyat ini. Mereka asyik menyuruh rakyat bersabar, tetapi sampai bila hendak bersabar. Malah ada pula Exco Kerajaan Negeri yang menasihati rakyat membeli banyak baldi untuk menyimpan air. Bagi saya jawapan itu menggambarkan kerajaan sekarang tidak prihatin menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

0 comments: